Sabtu, 12 Juni 2010

Membentuk kecerunan warna



Apa itu kecerunan Warna?
Kecerunan warna ialah peralihan dari satu warna kepada warna yang lain. Anda boleh menghasilkan kecerunan warna melalui perisian Photoshop menggunakan Gradient Tool.

Masukkan gambar yang anda inginkan ke dalam perisian Photoshop. Kemudian pilih Gradient Tool dari Tool anda (Lihat Rajah 1):
ajah 1: Gradient Tool

Langkah seterusnya ialah dengan memilih warna putih untuk Foreground dan warna hitam untuk Background. Pilihan ini juga terdapat di bahagian Tool (Lihat Rajah 3)

Rajah 3: Warna Foreground dan background

Untuk menghasilkan kecerunan, klik Linear Gradient dan pilih Foreground to Transparent (Lihat Rajah 4).
Rajah 4: Linear Gradient

Kemudian buat kecerunan lurus pada gambar. Caranya ialah dengan meletakkan tetikus pada bahagian hujung gambar, dan buat satu garisan lurus ke bahagian tengah gambar. Efek yang anda dapat lihat ini dipanggil sebagai efek kecerunan (Gradient Effect). Dengan efek ini, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis brosur, flyers, bunting, poster dan lain-lain bahan penerbitan dengan mencantumkan dua jenis gambar dan membuat pertindihan imej secara digital seperti yang dapat anda lihat pada contoh di bawah. Saya memasukkan teks "menjana pertumbuhan ekonomi" dan juga teks "Pertanian adalah perniagaan" di atas layer baru dan disusuli dengan sebuah logo Koridor Utara.

Download tutorial bergambarnya dengan klik
download
jangan lupa juga untuk donate dengan mengklik iklan yang ada disamping,,,
terima kasih dan selamat belajar,,,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

silahkan isi komentar anda...
jangan lupa follow yah,,,
^_^